SELAMAT DATANG

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik dan holistik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual khususya berkaitan kecantikan, kecerdasan dan sukan bina badan. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu mencapai matlamat anda. Untuk mendapatkan perkhidmatan atau rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di sebelah kanan

Wednesday, January 18, 2017

Kenapa Perlu Fitness?

Setiap orang sebenarnya telah menetapkan halatuju sama ada sedar atau tidak. Tahukan anda, semakin anda menyedarinya, maka semakin kuat dorongan untuk anda mencapainya. Halatuju ini diistilahkan sebagai MOVING. Ia didorong oleh tindakan semulajadi manusia yang sentiasa bersifat keluh kesah (Al-Ma'arij ayat 19 hingga 21) untuk menghindari atau mendapatkan sesuatu yang kita inginkan. Tanya soalan kepada diri kenapa kita ingin cantik, sado, fitness? Jawapannya ialah pendorong kepada kita ingin mendapatkannya.

MOVING TOWARD

Kita semua mahu kelihatan cantik / sado / fitness sama ada untuk lihat oleh orang lain terutama pasangan atau untuk kepuasan diri sendiri. Bukan sekadar cantik / sado / fitness untuk molek dipandang secara fizikal semata, kelebihan lain ialah;
  1. Sihat dan sukar dihinggapi penyakit terutama penyakit kronik atau masalah kesihatan yang menyulitkan kehidupan seperti kencing manis dan darah tinggi yang menyebabkan sekali sekala sakit kepala (berkaitan darah tinggi), lelah (berkaitan kolesterol dan jantung), mengantuk (berkaitan kencing manis), kerungsingan (berkaitan urik asid) dan sebagainya.
  2. Rajin dan ringan melakukan kerja harian serta semua pekerjaan fizikal menjadi mudah dan cepat disiapkan tanpa masalah.
  3. Prestasi meningkat apabila daya tumpuan meningkat. Ia amat berkaitan dengan sumber rezeki yang meningkat dengan izin Allah.
  4. Keharmonian rumah tangga dan kebahagian hubungan suami isteri apabila labido meningkat.
  5. Kedamaian rasa pada tubuh badan apabila tubuh dapat menikmati kerehatan yang sempurna, rasa tidur yang puas dan sentiasa bertenaga apabila sistem peredaran darah sangat baik.
MOVING AWAY

Tidak mahu kelihatan hodoh, hilang keyakinan diri antara alasan yang baik untuk dijadikan MOVING AWAY. Namun antara faktor lain yang mungkin wujud dan perlu dibongkarkan oleh setiap orang ialah
  1. Sakit dengan kerap kerana sistem tubuh lemah, peredaran darah lemah, nutrient tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh, peningkatan paras kolesterol yang tidak baik dan melemahkan jantung atau menurunkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
  2. Malas akibat tubuh yang kurang cergas, tiada mood melakukan sesuatu, menangguhkan kerja dan impian tidak terlaksana.
  3. Kemerosotan atau kesempitan rezeki disebabkan kurang daya fokus dan penurunan prestasi kerja. Ia boleh berlaku pada usia yang masih muda.
  4. Kerungsingan disebabkan oleh sistem hormon yang tidak normal dan semakin pasif.
  5. Kelesuan dan keletihan akibat tubuh mengalami katabolik atau menyusutan tenaga tubuh serta tubuh tidak mendapat mentafsir kerehatan.
ON WAY

Kita tidak boleh pilih yang masa lebih baik sama ada MOVING AWAY atau MOVING TOWARD, kedua-duanya ada kebaikan dan kelebihan untuk digunakan dalam sesuatu keadaan berdasarkan peta atau sejarah minda. Soalnya ialah sejauh mana kita menyedari wujudnya faktor MOVING dalam diri anda.

Kita perlu meletakkan sasaran yang tinggi untuk memudahkan kita mencapai sasaran yang rendah. Tidak semestinya kita perlu capai apa yang kita sasarkan tetapi yang penting ialah usaha yang menjadikan kita berada di atas jalan untuk mencapai matlamat tersebut yang paling penting.


Sentiasa wujudkan pendorong ini kerana kesannya sangat kuat. Setiap hari tanyalah soalan kenapa kemudian dengan jawapan itu lakukan workout dengan penuh semangat dorongan. Jawapan itu mungkin banyak, oleh itu jadikan ia pendorong berbeza setiap hari. Semoga anda berjaya menjadi cantik, fitness dan sado, aamin.

Rujukan;
1. Surah Al Ma'arij ayat 19 hingga 21. https://quran.com/70/19-21
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut) [19]; Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah [20]; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut [21];
2. Graphic source Amir Khan tranformation https://www.youtube.com/watch?v=1aVw1gZ9Ncg
3. Kaedah NLP Moving Away dan Moving Toward https://www.youtube.com/watch?v=YECFDNd4QD8
4. Meta Program NLP http://www.nlpls.com/articles/metaPrograms.php
5. Difinisi Labido https://en.wikipedia.org/wiki/Libido
6. Katabolik https://en.wikipedia.org/wiki/Catabolism
7. Graphic source bodybuilding divisions https://www.instagram.com/p/BMa8WQtBc_Z/
8. Bodybuilding discipline http://www.ifbb.com/our-disciplines/
 

Sunday, January 8, 2017

Perlu Faham Ilmu Fitness

Untuk mencapai matlamat tubuh yang cantik, sado atau fitness, perkara pertama yang perlu anda tahu ialah ilmu. Setelah kita memahami tujuan dan mekanisma untuk mencapai tubuh badan yang sihat, cantik dan sado, maka berdoalah agar diberikan jalan, peluang dan dipermudahkan untuk melaksanakannya.

Petua Sado

Terdapat tiga petua utama yang perlu dipelajari untuk pencapai sado iaitu disiplin yang perlu diikuti, pantang larang dalam melakukan sesuatu terutama makanan dan mencipta motivasi sebagai perangsang semangat dan tenaga terutama untuk memulakan dan mengekalkan mood untuk terus berusaha.

Work Out

Work Out adalah antara perkara penting untuk pencapai sado. Tetapi work out semata-mata bukanlah caranya. Ia salah satu daripada disiplin lain yang wajib diikuti antaranya pengambilan nutirisi yang betul dan rehat yang cukup pada waktu yang betul.

Dalam work out, perkara yang penting mesti tahu tujuan sesuatu senaman dibuat. Terdapat senaman untuk membakar kalori iaitu cardiovascular dan senaman untuk membina kekuatan iaitu strength. Kedua-duanya penting tetapi perlu digunakan dengan betul untuk mencapai bentuk tubuh yang cantik.

Senaman kardio perlulah dibuat untuk melancarkan darah, membakar lemak kepada tenaga dan menguatkan jantung. Tetapi tidak boleh terlalu banyak. Cukup 20% daripada jumlah senaman.

Senaman strength adalah senama utama kerana kekuatan akan membantu pembantu proses anabolik iaitu pembinaan otot daripada nutrient. Strength perlu dilakukan dengan betul supaya ia tidak menjadi senaman kardio. Ini terjadi kerana kaedah strength yang salah akan menjadikan senaman itu berfungsi seperti kardio. Kardio yang berlebihan hanya sekadar membakar kalori tetapi gagal membentuk otot dan bentuk tubuh yang diingini.

Nutition

Pemakanan adalah perkara penting untuk diambil kira. Senaman yang banyak belum menjamin seseorang menjadi cantik sekiranya amalan pemakanan yang salah.

Makanan yang baik untuk membantu anabolik ialah protein dan asid amino.

Bermain dengan protein perlu berhati-hati kerana walaupun protein penting, tetapi protein yang berlebihan adalah racun kepada hati dan memelemahkan buah pinggang hingga boleh merosakkan kedua-dua organ ini.

Protein yang paling selamat diambil ialah protein yang telah diringkaskan kepada peptide kerana ia lebih halus, mudah dihadam, mudah melalui proses anabolik malah mudah disingkirkan oleh tubuh sekiranya berlebihan.

Protein semata-mata tidak mencukupi, untuk menjadikan ia mudah membentuk otot, ia perlu diikat dengan asid amino. Asid amino ada banyak jenis, jenis yang membantu mengekalkan bentuk otot, menumbuhkan otot lebih pantas ialah Branched-Chain Amino Acid atau BCAA.

Lemak adalah penghalang kepada dua perkara iaitu stamina kerana melemahkan jantung dan peredaran darah serta menghalang pembentukan otot baru. Lemak paling mudah dibentuk setiap kali kita makan dan berehat atau berada di luar julat proses anabolik iaitu tidak bersenam sebelum dan selepas makan. Tetapi lemak juga adalah perkara paling mudah dibakar sekiranya kita bersenam. Kadar pembakaran lemak boleh dicepatkan dengan bantuan sejenis asid amino L-Carnitine. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi L-Carnitine adalah sangat penting.

Daya kemahuan untuk memulakan senaman, pertumbuhan otot, daya kekuatan atau endurance, proses menukar karbohidrat kepada tenaga adalah dirangsang oleh beberapa jenis hormon. Antaranya melatonin dan katrisol oleh kelenjar pineal, testosterone oleh kelenjar testis, growth hormon oleh kelenjar pituitary, estrogen oleh ovari dan insulin oleh pancreas. Ada makanan tertentu yang membantu merangsang penghasilan hormon ini. Namun, ransangan paling selamat ialah dengan mendapatkan tidur yang cukup dalam keadaan malam yang gelap dan nyaman.

Semua jenis makanan ini, disarankan diambil dalam bentuk makanan tambahan kerana ia telah diproses dengan selamat. Pengambilan secara mentah dikhuatiri makanan itu masih tepu dan sukar dihadam dengan baik.

Rehat

Proses anabolik iaitu pembentukan otot berlaku bukan ketika bersenam, tetapi ketika berehat. Berikan peluang untuk tubuh rehat dengan cukup.

Semasa proses anabolik berlaku dengan hebat kesan daripada jadual senaman yang padat, tubuh memerlukan sekurang-kurangnya 8 jam waktu tidur ketika malam yang gelap. Ketika dalam keadaan gelap (tengah malam) dan gelombang otak sedang rendah (tidur lena), otak akan menjalankan penstrukturan semula neuron supaya dapat mengatasi stress dan pada masa yang sama akan merangsang penghasilan hormon yang mencukupi bagi keperluan anabolik.

Setiap hari, tubuh memerlukan cukup enzim untuk menghadam seluruh nutrient yang dimakan. Salam seminggu berikan peluang untuk tubuh berehat dalam keadaan santai supaya proses penghadaman ini berjalan dengan lancar dan membentu anabolik berlaku dengan lebih berkesan. Anabolik juga berlaku pada waktu siang, oleh itu sehari berehat pada waktu siang sangat baik untuk proses membaiki semula tisu yang koyak atau kesakitan akibat senaman strength.

Gula

Gula pada hakikatnya ialah racun dos rendah. Ia meracuni tubuh manusia dalam tempoh jangka panjang. Bahaya untuk jantung disebabkan ia sangat cepat membentuk lemak apabila tidak digunakan. Tidak ramai yang mengetahui cara untuk membakar kalori daripada pengambilan gula. Ada yang mengambil kalori melebihi daripada senaman kadio. Ia akan menyebabkan gula mudah disimpan menjadi lemak. Ada yang tidak melakukan kerja berat atau bersenam selepas pengambilan gula. Ia bukan sekadar disimpan dalam bentuk pejal di bawah kulit, ia turut berada di dalam saluran darah itu sendiri.

Gula mempunyai pelagai pecahan. Asasnya ia ialah karbohidrat. Sumber karbohidrat ialah nasi, gandum, kentang, ubi dan kekacang. Karbohidrat dalam bentuk bijirin adakah sedikit. Oleh itu ia tidak mendatangkan kemudaratan apabila diambil. Sekiranya seseorang mengambil karbohidrat dalam bentuk nasi atau makanan ruji ini, melakukan sedikit senaman atau kerja berat sekurang-kurangnya 30 minit sehari telah boleh membakar karbohidrat ini.

Gula yang paling mudarat ialah gula tebu yang kasar atau yang kurang karbohidrat di dalamnya seperti fruktosa, laktosa dan maltosa.

Walaupun gula pada hakikatnya bahaya, gula yang telah diringkaskan menjadi glukosa dan sukrosa adalah lebih selamat.

Penggunaan pengganti gula seperti stavia yang semulajadi adalah jauh lebih selamat daripada mana-mana gula.

Garam

Bahan dalam garam yang bahaya ialah sodium. Sodium mengikat air dan mempercepatkan pembentukan lemak. Malah air yang berlebihan akan menyebabkan protein peptide "kelemasan" dan melambatkan proses anabolik yang sepatutnya akan membentuk otot.

Hampir semua jenis masakan menggunakan garam. Makanan ringan mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Maknan yang bergaram terutama daging lembu, ayam, telur atau itik yang diperam dalam garam sangat mudah membentuk triglyceride yang mengganggu jantung dan peredaran darah. Darah akan mengepam darah dengan lebih laju yang akan menyebabkan cepat mengah atau "pancit" ketika bersenam.

Penggunaan garam dapat digantikan dengan membanyakkan penggunaan bawang putih, bawang merah serta pelbagai rempah ratus.

Terdapat sejenis garam yang dibuang sodium yang boleh didapati di farmasi. Biasanya ia dilebelkan sebagai "athelite salat" atau "low sodim salat". Garam ini juga boleh digunakan untuk menggantikan garam biasa.

Minyak

Sama ada anda ingin melakukan mass gain (bina badan) atau finess, lemak tetap perlu dielakkan. Ia terus tersimpan sebagai lemak selepas diambil.

Tetapi terdapat sejenis minyak yang sangat tinggi asid amino dan tidak tepu yang wajib diambil oleh setiap mereka yang ingin cantik sama ada pada kulit atau pembentukan otot badan ialah minyak zaitun.

Kebanyakkan mereka yang ingin cantik perlu rajin menyediakan masakan sendiri. Terdapat penggoreng yang boleh menggoreng hampir semua makanan tanpa perlu menggunakan minyak iaitu penggoreng udara atau "air fryer".

Belajar

Walaupun banyak orang berkongsi pelbagai ilmu berkenaan fitness, anda tetap perlu membuat analisa dan mengenali kemampuan diri sendiri.

Penting untuk melihat perkembangan diri kerana kita belajar dan bertindak daripada perkembangan semasa. Jurulatih peribadi adalah jalan singkat kepada mereka yang berkemampuan. Mereka adalah cermin yang terbaik. Pengalaman mereka selama bertahun-tahun adalah jalan singkat paling cepat dan selamat untuk anda mencapai matlamat.

Pastikan anda belajar ilmu yang betul dan bertindak dengan segera. Lakukan dari yang paling asas dan pelajari juga perkara yang pantang atau elakkan perkara yang mendatangkan kesan yang sia-sia atau mudarat.
  1. Kenalpasti struktur yang terlibat
  2. Belajar dan fahami cara mencapainya
  3. Belajar dan fahami kesan baik dan kesan tidak baik.
Matlamat

Tetapkan kenapa anda ingin cantik, fitness atau sado. Anda mesti sentisa nyatakan pada diri sendiri yang anda ingin cantik kerana apa. Jalan menuju matlamat ini ialah sebenarnya pencapaian anda walaupun matlamat itu belum dilalui. Usaha menuju ke arah itu akan mengubah banyak perkara.

Letakkan sasaran untuk anda mengejarnya. Misalnya anda suka tangan yang cantik, bahu yang cantik, puas lihat diri sendiri cantik atau sebagainya. Kaedah ini dipanggil "moving toward".

Pelajari dan fahami apakan kesan negatif sekiranya tidak mahu bersenam atau tidak meletakkan sesuatu matlamat. Misalnya jika tidak bersenam akan mudah dapat sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Bersenam dapat mengelakkan kemudaratan ini semua. Kaedah ini dipanggil "moving away".

Suasana Cantik

Anda boleh mewujudkan sendiri sebuah suasana yang turut boleh menyertai anda atau sekurang-kurangnya memberikan galakan kepada anda.

Bina sebuah group yang membincakan perkara berkaitan fitness. Like dan follow page FB yang mengajar atau memberikan motivasi berkenaan fitness.

Paling baik ialah carilah rakan akrab untuk keluar bersenam. Rakan akan saling memberikan semangat dan galakan.

----------------------------------------

Mulakan segalanya dengan doa. Semoga anda semua berjaya manjadi cantik, fitness atau cantik. Amin.

Rujukan:
1. https://en.wikipedia.org/wiki/Anabolism
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Peptide
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Branched-chain_amino_acid
4. https://en.wikipedia.org/wiki/Carnitine
5. http://dailyburn.com/life/health/how-hormones-affect-your-health/
6. https://en.wikipedia.org/wiki/Carbohydrate
7. https://en.wikipedia.org/wiki/Sugar
8. http://www.bodybuilding.com/fun/issa103.htm
9. https://en.wikipedia.org/wiki/Triglyceride